Perang Palestin-Israel: Gaza jadi 'kuburan kanak-kanak' - UNICEF

Perang Palestin-Israel: Gaza jadi 'kuburan kanak-kanak' - UNICEF

0
[LAPOR LANGSUNG] Perang Palestin-Israel: Gaza jadi 'kuburan kanak-kanak' - UNICEF
Seorang budak lelaki Palestin yang cedera dibawa masuk ke Kompleks Perubatan Nasser susulan serangan udara Israel di bandar Khan Younis, selatan Semenanjung Gaza, Rabu, 25 Okt 2023. -A
Oktober 31, 2023
Terkini
06:41
PM
Sasar hospital jelas langgar undang-undang kemanusiaan antarabangsa - PBB
Menyasarkan hospital "menyamai pelanggaran undang-undang kemanusiaan antarabangsa", kata jurucakap pejabat hak asasi manusia PBB Elizabeth Throssell di Geneva.

Menjawab pertanyaan lain mengenai dakwaan bahawa Hamas menggunakan hospital sebagai perisai manusia, dia berkata "unit perubatan mesti dilindungi" tanpa mengira tindakan kumpulan pejuang pembebasan Palestin itu.

Pegawai Pertubuhan Kesihatan Sedunia, Christian Lindmeier mengulangi kenyataan Throssell, dengan mengatakan bahawa kemudahan kesihatan tidak boleh menjadi sasaran.
06:32
PM
Israel 'sengaja' sasar hospital - Kementerian Kesihatan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata Israel terus-menerus menyasarkan hospital dan pusat perubatan di Semenanjung yang terkepung.

“Pelanggaran terhadap pasukan perubatan masih berterusan.

"Seratus tiga puluh kakitangan perubatan telah kehilangan nyawa mereka,” kata Ashraf al-Qudra, jurucakap Kementerian Kesihatan Gaza, dalam sidang akhbar.

“Israel terus menyerang institusi perubatan dengan sengaja. Lima puluh tujuh institusi perubatan setakat ini telah terjejas.

"Tiga puluh dua pusat perubatan tidak beroperasi kerana disasarkan atau kekurangan bahan api.

“Hospital Turki-Palestin telah disasarkan secara langsung dan sebahagian daripadanya musnah.

"Ramai pesakit kanser mengalami serangan panik disebabkan itu."
06:30
PM
Israel hilang dari platform peta syarikat China
Perkataan "Israel" hilang pada platform pemetaan digital gergasi teknologi Baidu dan Alibaba.

Portal Wall Street Journal (WSJ) melaporkan bahawa, walaupun peta dalam talian bahasa Cina Baidu menunjukkan Israel dan wilayah Palestin, nama Israel bagaimanapun tidak dipapar secara jelas.

Situasi sama berlaku di platform Amap milik Alibaba, kata WSJ.

Tidak dipastikan sama ada "Israel" dipaparkan sebelum serangan 7 Oktober.
06:07
PM
Angka kematian di Gaza meningkat kepada 8,525
Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza berkata 8,525 rakyat Palestin telah terbunuh dalam serangan udara Israel sejak 7 Oktober.

Angka itu termasuk 3,542 kanak-kanak.
06:02
PM
WHO beri amaran bencana kesihatan di Gaza
Seorang wakil dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengeluarkan amaran keras bahawa Gaza berada di ambang "malapetaka kesihatan awam" disebabkan oleh kesesakan, perpindahan yang meluas, dan kerosakan teruk kepada kemudahan air dan sanitasi.

Sementara itu, jurucakap agensi kanak-kanak PBB pada sidang akhbar yang sama menyatakan kebimbangan mengenai potensi kematian bayi disebabkan oleh dehidrasi, kerana hanya 5 peratus daripada bekalan air biasa boleh diakses.
05:56
PM
Gaza jadi 'kuburan kanak-kanak'
Kira-kira 3,500 kanak-kanak telah terkorban dalam perang setakat ini, kata Kementerian Kesihatan Gaza.

Pandangan itu turut disuarakan agensi di bawah PBB, UNICEF.

Menurut jurucakap UNICEF James Elder pada taklimat akhbar PBB di Geneva, kanak-kanak di Gaza mati bukan sahaja akibat serangan udara Israel, tetapi juga kerana kekurangan rawatan perubatan.

“Gaza telah menjadi tanah perkuburan kanak-kanak,” tegas Elder.

Elder dalam pada itu mengulangi gesaan agar gencatan senjata dilaksanakan segera selain akses kemanusiaan kepada bekalan untuk di wilayah itu.

Sementara itu, jurucakap UNICEF itu berkata sekurang-kurangnya 940 kanak-kanak dilaporkan hilang di Gaza.

Tambahnya, dehidrasi bayi adalah ancaman yang semakin meningkat dengan hanya lima peratus daripada pengeluaran air biasa.
05:48
PM
Jordan gesa 'malapetaka kemanusiaan' dihentikan segera
Menteri Hal Ehwal Luar Jordan Ayman Safadi menggesa agar "malapetaka kemanusiaan" di Gaza dihentikan segera.

Beliau menggesa pelaksanaan undang-undang antarabangsa dan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dalam konflik Hamas-Israel.

Safadi juga menekankan keperluan untuk menyampaikan bantuan kemanusiaan dengan segera dan secukupnya ke Gaza.

Pihak berkuasa kesihatan Gaza berkata 8,306 orang - termasuk 3,457 kanak-kanak bawah umur - telah terbunuh dalam serangan Israel.
05:23
PM
38 rakyat Palestin ditahan di Tebing Barat - IDF
Tentera Israel (IDF) mendakwa 38 rakyat Palestin yang dikehendaki telah ditangkap dan senjata mereka dirampas dalam serbuan di Tebing Barat yang diduduki malam tadi.

Difahamkan lapan orang yang ditangkap dalam serbuan itu adalah anggota Hamas.

Pihak tentera dilapor bekerjasama dengan perkhidmatan perisikan Israel semasa operasi.

Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan dan Kelab Tahanan Masyarakat Palestin sebelum ini berkata tentera Israel menahan 60 rakyat Palestin di Tebing Barat yang diduduki malam tadi dan waktu pagi.
05:20
PM
Pejuang Houthi mengaku lancar serangan dron ke atas Israel
Pejuang Houthi di Yaman yang disokong Iran mengaku bertanggungjawab melancarkan dron ke Israel sebagai tindak balas terhadap perangnya ke atas Gaza.

“Dron ini milik negeri Yaman,” kata Abdelaziz bin Habtour, perdana menteri kerajaan Houthi, kepada agensi berita AFP.

Terdahulu, sebuah kenderaan udara tanpa pemandu (UAV) ditembak jatuh di atas Laut Merah semasa mendekati Israel.
04:47
PM
Turki, Malaysia jalin kerjasama erat mengenai isu Palestin
Turki menjalin kerjasama erat dengan Malaysia berhubung isu Palestin, termasuk penyelarasan bantuan kemanusiaan ke Gaza, kata Duta Besar Turkiye ke Malaysia Emir Salim Yuksel.

Diplomat itu berkata perkara berkenaan turut dibincangkan antara Presiden Recep Tayyip Erdogan dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa lawatan dua hari beliau ke Turkiye pada 21 Oktober.

BERITA PENUH DI SINI
04:32
PM
PRCS urus lebih 2,580 kematian di Gaza
04:25
PM
IDF dakwa 240 ditahan di Gaza
Jumlah tawanan yang dipercayai ditahan oleh Hamas di Gaza adalah sebanyak 240 orang.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Israel (IDF) Laksamana Muda Daniel Hagari pada sidang media Selasa berkata 315 askar IDF telah terkorban sejak serangan Hamas pada 7 Oktober.
04:22
PM
Bangunan rosak akibat serangan roket dari Gaza - Media Israel
Sebuah bangunan di penempatan barat daya Israel di Nirim rosak selepas terkena roket yang dilancarkan dari Gaza.

Perbadanan Penyiaran Israel melaporkan bahawa tiada mangsa terlibat dalam serangan itu.

Siren amaran kedengaran di pelbagai penempatan berhampiran pagar Gaza.
04:19
PM
Israel serang gudang simpanan bekalan makanan
Al Jazeera Arabic melaporkan serangan udara Israel menyasarkan gudang simpanan bekalan makanan dan bahan digunakan orang awam untuk menyalakan api dan memasak di kawasan Tal al-Hawa.
04:02
PM
64 kakitangan UNRWA terbunuh di Gaza

Posting Komentar

0Komentar

Please Select Embedded Mode To show the Comment System.*