Bekas pemain Harimau Malaya ditahan kes dadah

Bekas pemain Harimau Malaya ditahan kes dadah

0
GAMBAR hiasan. FOTO AFP

DUNIAPOTRET.COM l Kuala Lumpur, Seorang bekas pemain bola sepak kebangsaan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis syabu di Johor Bahru, semalam.

BH Online melaporkan, suspek, 36, dikatakan pernah menyertai beberapa pasukan dalam saingan Liga Super, selain menyarung jersi Harimau Muda dan Harimau Malaya.

Berdasarkan maklumat, bekas pemain itu dikatakan ditahan di kawasan pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara.

BH Online masih berusaha mendapatkan pengesahan polis mengenai tangkapan itu.

Sementara itu, beberapa portal berita memaklumkan bekas pemain kelahiran Melaka itu pernah menjulang enam piala Liga Super bersama dua pasukan berbeza antara 2009 hingga 2017, selain merangkul kejuaraan Piala FA, Piala Malaysia dan Piala Sumbangsih.

Sumber : BH Online

Posting Komentar

0Komentar

Please Select Embedded Mode To show the Comment System.*